Isnin, 21 Disember 2009

KEK HAPPY DAY

KEK HAPPY DAY

Bahan-bahannya :

12 oz mentega (350g)
5 biji telur ayam
1 gelas gula halus
1½ gelas tepung gandum
1 tin susu manis
1 tin seri kaya rendah ( kecil)
1 sudu teh vanila


Cara membuatnya :

Kacau mentega dengan gula hingga sebati.
Masukkan telur satu persatu, kacau hingga rata.
Masukkan kaya dan susu manis.
Masukkan tepung gandum.
Akhir sekali masukkan vanila.

Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
(warnakan dan kukus berlapis-lapis)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan