Rabu, 30 Disember 2009

KEK LAPIS IDOLA

KEK LAPIS IDOLA

Bahan-bahannya :

10 biji telur
16 oz mentega
200 gm horlick ( 1 botol kecil )
80 gm seri kaya
50 gm serbuk santan
600 gm coklat masakan – dicairkan
1 tin susu manis
½ gelas milo
1½ gelas gula halus
2 gelas tepung gandum
1 sudu teh vanila
Sedikit browning sugar
Pewarna kuning


Cara membuatnya :

1. Mentega dan gula dipukul sampai kembang & putih.
2. Masukkan susu, horlick, seri kaya, serbuk santan, tepung gandum dan vanila. Gaul rata.
3. Bahagikan kepada 2 bahagian :

i) warnakan kuning – bahagikan 2 lagi
{ untuk lapisan atas & bawah}
ii) campur milo browning sugar dan coklat
masakan

4. Bakar warna kuning untuk bahagian bawah dulu
berlapi-lapis hingga habis.
5. Bakar warna coklat berlapis-lapis hingga habis.
6. Bakar warna kuning lagi untuk bahagian atas
berlapis-lapis hingga habis.

* Guna acuan 8” x 8” & sukatan guna 5 sudu makan
setiap lapisan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan