Ahad, 20 Disember 2009

KEK LAPIS SERI SARAWAK

KEK LAPIS SERI SARAWAK

Bahan-Bahan:

10 biji telur
1 ½ cawan gula halus
½ tin kecil milo
½ botol kecil horlicks
½ cawan tepung biskut marie
400 gm mentega
200 gm peanut butter
½ tin susu pekat
1 ½ cawan tepung gandum

Cara:

Pukul gula dan mentega hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu.
Masukkan tepung biskut marie, tepung gandum, dan susu manis.
Kacau rata. Bahagi kepada 3 bahagian :-

1 bahagian (A) - masukkan horlicks dan pewarna hijau
1 bahagian (B) - masukkan peanut butter dan pewarna kuning
1 bahagian (C) - masukkan milo

Kukus berlapis-lapis dimulakan dengan bahagian A, B dan C sehingga habis. Kukus hingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan