resepi kek lapis,resepi percuma,cake recipes mudah,senang,easy to cook,jimat masa,local recipes,homemade,fresh,simple,ada kek,sambal,puding,lauk-pauk,petua memasak,tips,and now everyone can cook, jom...
TontonTV Online
Sabtu, 10 Julai 2010
Nasi ayam
Bahan-Bahan:
1 kg beras
500 gm lemak ayam
200 gm bawang merah - dimayang
200 gm bawang besar - dimayang
100 gm bawang putih - diketuk
3 helai daun pandan
1 ½ liter stok ayam
50 ml minyak bawang putih
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Sedikit gula
Cara memasak ayam:
1 ekor ayam (1.6 kg)
Didihkan air dan rebus ayam selama 45 minit. Keluarkan ayam daripada periuk dan toskan. Potong-potong dan boleh dihidangkan
Cara membuat sos cili:
500 gm cili merah
100 gm halia
20 ml lemak/minyak ayam
10 ml jus limau nipis
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Campurkan kesemua bahan hingga sebati
Cara membuat sos halia:
600 gm halia muda
100 ml minyak ayam
Garam secukupnya
Gula secukupnya
Campurkan kesemua bahan hingga sebati
Cara Memasak:
Panaskan minyak bawang putih. Tumis bawang putih, bawang merah dan bawang besar.
Setelah naik baunya masukkan lemak ayam dan daun pandan.
Masak beras dengan stok ayam berserta dengan bahan-bahan yang telah ditumis.
Kemudian masukkan garam, lada sulah dan gula. Masak nasi sehingga tanak.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan