KEK HITAM MANIS
Bahan-bahan:
800 gm gula kasar
400 gm gula dimasak menjadi gula hangus
10 biji telur
500 gm mentega
1 kg tepung gandum
300 gm buah kismis hitam
200 gm buah red dates
50 gm buah kurma
1 sudu esen vanilla
Cara membuat:
Pukul mentega dan gula sehingga kembang
Kemudian masukkan telur satu-persatu hingga habis. Pukul lagi
Selepas itu, masukkkan tepung gandum, gula hitam, dan esen vanilla. Gaul rata-rata.
Selepas itu, masukkan buah red dates, buah kurma dan kismis hitam. Kacau hingga semuanya sebati.
Kukus selama 8 jam
Tiada ulasan:
Catat Ulasan