KEK LAPIS KOKO
Bahan-bahannya :
10 biji telur ayam
16 oz mentega
1½ gelas gula halus
1¾ gelas tepung gandum
1 tin susu manis
1 tin seri kaya panjang
1 botol kecil horlick
½ gelas serbuk koko
1 sudu teh esen vanila
Cara membuatnya :
Pukul mentega dengan gula hingga
kembang.
Kemudian masukkan telur sebiji
demi sebiji hingga habis.
Bila sudah rata
masukkan esen vanila, susu , manis dan seri kaya kacau lagi.
Dan akhir sekali masukkan tepung gandum dan kacau lagi.
Bila sebati bolehlah dibahagikan kepada dua bahagian.
1 masukkan koko dan 1 lagi masukkan horlick.
Lepas itu bolehlah dikukus ataupun dibakar
berlapis-lapis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan