Rabu, 30 Disember 2009

KEK LAPIS MUTIARA

KEK LAPIS MUTIARA

Bahan-bahannya :

10 Biji telur ayam
½ gelas tepung biskut marie
300gm mentega
1 tin susu cair
1 tin susu pekat
1 gelas gula kastor
1 sudu teh esen vanila
½ gelas cornflakes yang sudah ditumbuk halus
sedikit pewarna coklat,merah, hijau dan kuning

Cara membuatnya :

Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
Pukul telur berasingan hingga kembang kemudian masukkan ke dalam adunan mentega dan kacau sampai sebati.
Setelah itu masukkan susu pekat, susu cair, tepung biskut marie dan gaulkan adunan ini hingga sebati dan rata.

Bahagikan adunan kepada
4 bahagian
kemudian warnakan empat warna berlainan.

Salah satu dari adunan dimasukkan cornflakes
yang sudah ditumbuk tadi.
Kukuslah adunan ini berlapis-lapis mengikut susunan warna yang digemari sehingga masak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan