Rabu, 30 Disember 2009

KEK LAPIS TIGA DIMENSI

KEK LAPIS TIGA DIMENSI

Bahan-bahannya :

16oz mentega
20 biji telur ( 3 buang putihnya )
2 gelas gula halus
2½ gelas tepung gandum
1 tin susu manis
1 gelas coklat rice
1 botol kecil horlick putih
3 camca teh esen
( 3 perisa :- vanila / lemon / rose )
1½ gelas coffemate ( dalam kotak )
pewarna kuning, hijau dan merah

Cara membuatnya :

Pukul mentega dengan gula sampai kembang.
Masukkan telur satu persatu sampai habis. Gaul rata.
Masukkan tepung gandum dan susu manis. Gaul rata.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian :-

a) kuning – masukkan horlick dan perisa lemon
b) merah – masukkan coklat rice dan esen rose
c) hijau – masukkan coffemate dan vanila

Bakar warna merah berlapis-lapis sampai habis
diikuti warna hijau dan akhir sekali warna kuning.
Setiap lapis menggunakan satu senduk atau 5 sudu makan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan