Rabu, 30 Disember 2009

KEK LAPIS TUN RAZAK

KEK LAPIS TUN RAZAK


Bahan-bahannya:

10 biji telur ayam
454g mentega
2½ gelas tepung gandum
1½ gelas gula
1 botol jem mixed fruit
1 tin susu
½ tin kecil koko
1 botol kecil horlicks


Cara membuatnya :

Pukul telur, gula hingga kembang,masukkan mentega, tepung, susu.
Kacau hingga rata,
adunan dibahagikan dua.

Pertama bubuh jem dan ½ tin koko.
Kedua bagi horlicks dan warna kuning.

Kukuslah berlapis-lapis hingga habis.
Jika melapis, sukatannya sebanyak 3 sudu sahaja.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan