KEK LAPIS WATER MELON CHEESE
Bahan-bahannya:
10 biji telur
150gm gula halus
2 gelas tepung hong kong (kira-kira 180-200 gm)
1 sudu ovallette
100gm horlick
450gm mentega
1 tin susu pekat manis
250gm cream cheese
chocolate chips
Cara membuatnya :
1) Telur, tepung hong kong, horlick dan ovaleette di pukul hingga kembang dan pekat.
2) Mentega,susu dan cream cheese di pukul hingga putih.
Satukan kedua-dua adunan dan gaul hingga sebati. Bahagi kan
kpd 3 bahagian.
(a) warna hijau 3 lapis (setiap lapisan 5 sudu makan )
(b) warna putih 2 lapis (setiap lapis 5 sudu makan )
(c) warna merah lapis hingga habis (setiap lapisan taburkan dengan chocolate chips)
Bakarlah selapis-selapis sehingga masak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan