Lot of Visitors

TontonTV Online

Khamis, 15 Julai 2010

AIR SOYA



AIR SOYA

Bahan-bahannya
250 gram kacang soya
1 jug air masak
gula pasir
daun pandan

Cara-caranya
Basuh dan rendam kacang soya semalaman atau hingga kacang mengembang. Buangkan kulit yang tertanggal. Masukkan 1/4 kacang soya dalam blender dan kisar dengan 3 cawan air. Kisar hingga kacang hancur. Tapis ke dalam periuk menggunakan kain kasa. Perah kacang hingga semua air dapat dikeluarkan. Selesaikan baki kacang dengan cara yang sama. Bila sudah habis perah, masak susu kacang soya dengan api yang kecil bersama daun pandan. Masukkan gula sesedap rasa atau boleh juga buat air gula berasingan. Masak hingga mendidih dan elakkan dari susu soya membuak keluar.

Cadangan Hidangan:
Susu soya sedap juga diminum dengan campuran gula melaka. Sesuai diminum panas atau sejuk. Jika simpan dalam peti sejuk, susu soya boleh bertahan 2-3 hari.

Tambahan:
Kain kasa ialah kain seperti tudung bawal sesuai untuk memerah susu kerana ia nipis. Boleh juga menggunakan penapis teh yang digunakan mamak untuk membuat teh tarik, tapi pastikan bersih atau guna yang baru. Susu soya buatan sendiri baik untuk kesihatan kerana tiada bahan pengawet dan baik untuk mencegah penyakit kanser payu dara.

source: pilihan diana

1 ulasan:

  1. Mens Black Titanium Weddingbands: What it Means - The
    mens black titanium weddingbands - iron titanium Mens Black titanium dioxide skincare Weddingbands: What it Means · What it means · titanium nitride gun coating What it means · What titanium mountain bikes it means · What it means · What it means microtouch trimmer · What it means

    BalasPadam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails