Lot of Visitors

TontonTV Online

Sabtu, 10 Julai 2010

Blackpepper Chicken



Bahan-bahan:
1 ketul ayam fillet (potong serong atau dadu)
3 biji bwg merah
2 biji bwg putih
2 sudu besar lada hitam
1 biji bwg besar (potong bulat)
1 btg cili merah (potong serong)
3-4 sudu besar kicap manis
2 sudu besar sos tiram
Garam secukup rasa
Sejambak Brokoli
Cendawan Shitake atau sayur-sayuran yg anda suka.

Cara-cara:
Blend bwg merah, bwg putih & lada hitam.
Panaskan 2-3 sudu minyak masak dan tumis bahan tadi sehingga naik bau.
Masukkan sos tiram.
Kacau seketika dan masukkanlah ayam tadi.
Kacau dan tutup sehingga ayam masak.
Bila ayam nampak agak masak, masukkan bwg besar & cili merah & kicap.
Gaul rata & tunggu sehingga ayam masak.

Untuk sayur pulak, bersihkan brokoli & cendawan. Rebus brokoli dgn air yg panas.
Masak sehingga lembut. Yang cendawan shitake tu pulak, celur jer dlm air panas.
Sedia untuk dihidangkan....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails