Lot of Visitors

TontonTV Online

Ahad, 20 Disember 2009

KEK LAPIS SELENDANG MAWI

KEK LAPIS SELENDANG MAWI

Bahan-bahannya :

20 biji kuning telur
5 biji putih telur
454 gm mentega ( 16 oz)
300 gm gula halus
250 gm tepung hong kong
3 sudu makan susu pekat manis
1 sudu ovallete
250 gm cream cheese spread
1 sudu makan coklat paste
Warna merah, kuning & hijau



Cara membuatnya :

Pukul mentega dan susu sampai kembang.
Kemudian masukkan krim cheese dan pukul sampai putih, ketepikan. Telur, gula, ovallete dan tepung dipukul sampai kembang.
Satukan kedua-dua adunan tadi, gaul sampai rata.
Ambil 5 senduk warna asal campurkan dengan coklat paste dan masukkan ke dalam botol sos.

Adunan yang selebihnya dibahagikan kepada
3 bahagian :

* warnakan merah
* warnakan kuning
* warnakan hijau

Bakar warna merah dahulu, setelah masak tekan dengan acuan zig zag dan picitkan warna coklat tadi.
Bakar dan lapis dengan warna kuning, setelah masak tekan lagi dengan acuan zig zag dan picitkan warna coklat.
Apabila masak lapis adunan hijau, tekan dengan acuan zig zag dan lapis dengan warna coklat.
Buatlah begitu sampai habis.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails