Lot of Visitors

TontonTV Online

Memaparkan catatan dengan label pencicah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label pencicah. Papar semua catatan

Ahad, 18 Julai 2010

Cili jeruk



Bahan-Bahan:

5 tangkai cili hijau
3 sudu cuka
Air
Cara-cara membuatnya:



Cili dipotong melintang
Tambahkan cuka dan air.
Perapkan sehari dan boleh digunakan

Tambahan:
Sesuai untuk masakkan berlemak seperti mee goreng,penambah rasa dalam char kuew teow,mee hailam,mee bandung dan lain-lain

Kuah kacang istimewa

Kuah kacang,pencicah untuk semua jenis sate, gravy for satay and more...



Bahan-Bahan:

Kuah kacang:
1 kg kacang tanah - goreng

Bahan yg perlu dikisar:
¼ kg bawang merah
3 ulas bawang putih
½ inci halia
10 biji cili kering
Santan (dari 3 biji kelapa)
garam secukup rasa
½ potong nisan(gula melaka)

nasi impit:

2 cupak beras gred A

Cara-cara membuatnya:

Kuah kacang

Goreng kacang tanah hingga masak, kemudian angkat dan biarkan dalam segenggam, goreng biar hitam. tumbuk kacang tanah atau blender tetapi jangan terlampau halus. kacang tanah yang segenggam tadi tumbuk separuh hancur.
masukkan kedalam periuk bersama bahan blender, santan, nissan, garam masak biar pecah minyak dan pekat.


Nasi impit

Basuh beras, pastikan paras air setinggi jari tengah. setelah nasi kering, kecilkan api. sejukkan. masukkan kedalam periuk lain yang dilapik dengan daun pisang. tekan dengan benda berat seperti lesung batu. biarkan.

Cadangan Hidangan:

10 orang

Tambahan:
Boleh tambah air lagi jika terlalu pekat.
Sesuai untuk semua jenis sate,nasi impit...

Kuah kacang special

Kuah kacang,pencicah untuk semua jenis sate, gravy for satay and more...



Bahan-Bahan:
½ kilo kacang tanah(disangai atas kuali serta dibuang kulitnya dan di tumbuk kasar sedikit)

Bahan tumbuk yang direndam dahulu:

1 sudu besar jintan manis
½ sudu besar jintan putih

Bahan Kisar :

10 tangkai cili kering (di rendam dahulu)
5 biji bawang merah
1 biji bawang besar
2 biji bawang putih
sedikit belacan

Bahan lain:

1 cawan air asam jawa
½ kilo santan
2 batang serai (di titik)
1 inci lengkuas (di titik rata)
Air secukupnya
3 sudu gula
Garam secukupnya
Minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak, masukkan bahan tumbuk, setelah wangi masukkan bahan kisar, serai dan lengkuas. Kacau hingga pecah minyak.

2. Kemudian masukkan kacang yang telah di tumbuk agak kasar. Kacau lagi.

3. Masukkan air asam jawa dan santan, jika terlalu pekat masukkan sedikit air secukupnya. Masakkan dalam 15 minit.

4. Masukkan gula dan garam mengikut rasa.

Cadangan Hidangan:


Sedap di makan bersama ketupat atau nasi himpit.

Kuah kacang 1

Kuah kacang,pencicah untuk semua jenis sate, gravy for satay and more...


Bahan-Bahan:

2 cawan kacang tanah
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
10 tangkai cili kering (boleh dikurangkan jika tidak suka terlalu pedas)
1 inci belacan
2 sudu kecil udang kering (direndam)
Air asam jawa secukupnya
garam secukup rasa
2 batang serai (diketuk)
gula secukup rasa (ikut suka)
sedikit gula merah

Cara-cara membuatnya:

1. Bawang merah, bawang putih, cili kering, udang kering dan belacan digoreng berasingan.
2. Kacang disangai, dibuang kulit ari dan di tumbuk kasar.
3. Kisar bahan yang digoreng tadi dgn sedikit air.
4. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
5. Masukkan air asam jawa, gula dan garam.
6. Setelah mendidih, bolehlah dimasukkan kacang tanah dan serai tadi.
7. Masak sehingga kuah tadi pekat sedikit.

Cadangan Hidangan:
Kuah boleh juga di tambah daging/perut yang dihiris halus.

Tambahan:



Lebih sedap dimakan bersama bawang goreng yg ditabur di atas ketupat atau nasi impit bersama kuah kacang.

Sos ikan bakar

Sambal,kuah,pencicah sos untuk ikan bakar,udang bakar,ikan kukus,ikan masak stim,special dip,gravy for grill fish,grill prawn,steam fish and more...



Bahan-Bahan:
1. labu bawang besar } Hiris nipis dan cincang kecil
2. 6 biji bawang merah } hiris nipis dan cincang kecil
3. 2 biji bawang putih } bakar
4. sedikit garam dan gula
5. 10 tangkai cili padi } tumbuk
6. Buah limau nipis/ limau kasturi

Cara-cara membuatnya:

1. Bahan 1 hingga 5 di campur sekali dan gaul rata-rata.
2. kemudian ambil limau nipis/kasturi dan kupas kulitnya serta buangkan bijinya.
3. setelah itu, hiris nipis-nipis limau tadi atau perahkan sehingga keluar airnya.
4. Masukkan ke dalam campuran pencicah tadi dan gaul lagi.

Tambahan:
Enak jika dicicah dengan terubuk bakar,ikan tongkol,ikan jenahak,ikan merah,ikan kembung atau cencaru.
Amat sesuai untuk semua ikan bakar.

Pencicah Ikan Bakar

Sambal,kuah,pencicah sos untuk ikan bakar,udang bakar,ikan kukus,ikan masak stim,special dip,gravy for grill fish,grill prawn,steam fish and more...



Bahan-Bahan:

Bahan A

1 labu bawang besar (belah dua). Separuh dipanggang dan separuh lagi dicincang kasar
1 inci belacan (dipanggang)
3 biji cili merah
2 biji cili padi
½ mangkuk air asam jawa

Bahan B

1 keping gula melaka (dicairkan)
garam secukup rasa
2 biji limau kasturi(dibelah dua-diperah air)
2 tangkai daun kesum (diracik halus)
1 camca besar sos cili

Cara-cara membuatnya:
Bahan A dikisar (kecuali bawang besar cincang).
Kemudian campurkan dengan bahan B dan bawang cincang.

Cadangan Hidangan:

Dimakan bersama dengan ikan bakar

Air Asam kelantan

Sambal,kuah,pencicah sos untuk ikan bakar,udang bakar,ikan kukus,ikan masak stim,special dip,gravy for grill fish,grill prawn,steam fish and more...



Bahan-Bahan:
Bahan A

10 biji bawang merah
5 biji bawang putih
½ inci belacan
( ke semua bahan di atas hendaklah dibakar terlebih dahulu ) Bahan B

Asam jawa ( di ambil air nya)
garam,aji dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1)Tumbuk bahan A dan lada terlebih dahulu.
2)Masukkan air asam jawa tadi dan bahan-bahan perasa tadi.
3)Sos pencicah ini boleh dimakan dengan ikan bakar.

Cadangan Hidangan:
Kalau hendak pedas, boleh di tambah lada.

Air Asam Utara

Sambal,kuah,pencicah sos untuk ikan bakar,udang bakar,ikan kukus,ikan masak stim,special dip,gravy for grill fish,grill prawn,steam fish and more...



Bahan-Bahan:
cili api - 25 biji
cili hidup ( merah ) - 5 biji
bawang putih - 4 ulas
belacan ( 1 ½ inci x 1 ½ inci )
tomato - 2 biji( di cincang halus )
limau nipis - 2 biji
kerisik - 60 gram
garam


Cara-cara membuatnya:
1. Tumbuk cili api dan cili hidup bersama belacan dan bawang putih serta sedikit garam sehingga lumat.
2. Masukkan ke dalam mangkuk, perah asam limau nipis, tomato dan kerisik.
3. Kacau sehingga rata.
4. Sedia untuk dihidang.
Cadangan Hidangan:
Boleh dicicah dengan perut rebus, ikan bakar, daging bakar dan lain-lain

Air Asam Ikan Bakar 2

Sambal,kuah,pencicah sos untuk ikan bakar,udang bakar,ikan kukus,ikan masak stim,special dip,gravy for grill fish,grill prawn,steam fish and more...




Bahan-Bahan:

2 sudu teh asam jawa
½ sudu teh belacan
10 biji cili padi (dihiris)
1 biji bawang besar (dihiris)
1 biji tomato (dipotong dadu)
Sedikit garam

Cara-cara membuatnya:
Masukkan air suam ke dalam bekas berisi asam jawa dan belacan.

Ramas untuk dapatkan pati asam jawa. Buang biji asam jawa.

Tambah sedikit garam dan kacau. Masukkan cili padi, bawang besar dan tomato.

Jika suka, anda boleh memasak air asam ini di atas dapur sebentar supaya kepedasan cili meresap ke dalamnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails