Lot of Visitors

TontonTV Online

Rabu, 14 Julai 2010

CHAR KUE TEOW


CHAR KUE TEOW


Cara-caranya
1 paket char kue teaw - celurkan sekejap dalam air panas dan toskan
5 ulas bawang putih - cincang atau ketuk aje
2 biji telur
udang secukupnya
kucai, di hiris 1 inci (lagi banyak lagi sedap)
tauge
minyak untuk menumis

Bahan untuk menumis*
2 sudu sos tiram
2 sudu kicap manis
1 sudu kicap pekat
1 1/2 sudu gula
1 kecil garam
1 sudu sos ikan
2-3 sudu air

5 sudu besar cili boh/lada kisar campurkan dengan sedikit air. Jika hendak pedas boleh letak banyak.

Semua bahan * campurkan dlm satu bekas kacau siap2 sehingga sebati.

Cara-caranya
1. Panaskan minyak dan goreng udang dahulu – toskan.
2. Minyak yg sama tumis cili boh + air sehingga masak.
3. Masukkan campuran * masak dlm 5 minit.
4. Masukkan tauge & daun kucai masak 2 minit.
5. Masukkan cepat char kue teaw.
6. Masukkan udang.
7. Letak tepi kuali sikit char kue teaw tadi dan pecahkan telur - goreng cepat supaya telur tidak berketul.
8. Rasa garam dan gula..bila dah ok, boleh padamkan api...

Nota: Masa masukkan bahan 1-6 memang agak basah sikit, tapi bila dah masukkan telur ia akan jadi pekat.

source:pilihan diana

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails